+AdsClickAndWin+

+PencintaSeni+

+NotaKecil+

bangkit,
tulang belakang bukan untuk sempit,

tulang jari-jemari,
menghaluskan apa yang seni.

Tuesday, May 26, 2009

dunia dan warnanya

aku,
lena dikatil berbunga,
membuka mata,
menunggu sesuatu diangkasa,
mengira bintang,
yang aku kata itu adalah cinta,
terang,
dan seri untuk yang kelam.

baring,
memeluk bantal,
senyum,
menunggu untuk besok,
senyum,
untuk suatu hari,
aku jaga bersama teman,
akan diberi satu ciuman.

ciuman dipipi,
berbisik,
selamat pagi sayang,
senyum,
dalam dakapan,
diulit kasih sayang,
pagi yang bahagia,
bersama jingga pencaran suria.

dan,
dunia,
bersama warnanya,
akan ada kisah pasangannya,
sebelum lena,
tidur,
dan bila berjaga,
senyuman memulakan kisah cinta.

Saturday, May 16, 2009

hari ini bukan semalam

Pinjamkan matamu,
untuk menemaniku.

baringkan telingamu,
mendengar puisiku.

aku mulakan dengan tanya,
aku mulakan,
apa itu cinta.

bila semalam,
aku termimpi,
imiginasi,
sebuah kisah cinta,
yang lapuk,
tanpa ada penghujungnya.

adakah cinta,
kisah lama,
bersama lautan air mata.

ataupun cinta,
ada bila bersama,
ditemani senyum tawa.

yang terbayang,
yang lapuk tanpa penghujung,
yang terngiang,
yang sedang disayang.

kisah semalam,
biar hari ini,
yang ceriakan,
agar esok,
ada kebahagiaan.

Wednesday, May 13, 2009

KELUAR

Hari-hari semalam,
terlalu hitam,
penuh dengan duri,
terlalu tajam.

perlu disiram,
biar kelompak itu kembang.

yang semalam,
keluar telah hilang.

yang datang,
puteri dari kayangan.

Sunday, May 10, 2009

rahsia hati

cuma sekeping nota,
cuma satu nada,
"selamat hari ibu"

didalamnya ada sejuta rahsia

Saturday, May 9, 2009

aku tidak tahu kenapa

mungkin aku gila, namun aku percaya, aku dapat sesuatu, sesuatu yang mana aku tahu, aku dapat rasa bahaya,

cuma, bahaya yang belum lagi terjadi, aku dapat rasakan sebelum ia terjadi.

dan aku pasti,
ia samun,
di 7 e.

besok,
aku ternanti,
mungkin benar apa aku rasakan.

Thursday, May 7, 2009

kerana ia hari-hari

masalah,
ya, ia tetap datang hari-hari,
namun, aku percaya masih ada manisnya.

hidup, bukan semudah yang disangka,
dan mati, bukan tamat segalanya.

+Kerana ia hari-hari+

oh,
disaat aku dilahirkan,
aku lelaki kerdil yang biasa,
yang aku belajar untuk menangis,
disaat itu,
aku adalah aku,
untuk bersama yang melahirkanku,
itu saja.

oh,
disaat aku kanak-kanak,
cuma basikal mengajar erti riang,
bersama gelongsor merah yang membuatkan,
hari-hari ini amat bermakna,
namun,
tetap lupakan buaian,
yang hanya buatkan aku mual.

dan,
bila aku kata aku remaja,
aku berlari,
aku tak suka berhenti,
aku tahu,
ia jauh lagi,
tanpa perlu agak-agak lagi,
aku letakkan sesuatu dengan pasti,
lupakan lelah,
biar ia hanyalah helah.

bila,
kadang-kadang,
aku menjerit,
biar lari burung-burung diranting itu,
baru aku tahu,
kerana ia hari-hari,
yang kadang-kadang aku perlu berhenti.

agar,
langit sentiasa biru,
agar,
hukumnya begitu.

Wednesday, May 6, 2009

hadiah untuk lulu

ah,
bila aku katakan aku mudah terasa,
memang aku rasakan begitu.
tapi,
bila aku katakan aku perlu kongsi sesuatu,
aku rasakan ia perlu.

dan,
untuk LULU
aku luahkan ia begitu.

-diwarna ungu-

mungkin,
bila ia adalah jauh,
dan untuk kau,
aku katakan pelangi,
biar kau riang,
untuk seketika.

jika,
ia masih sepi,
kau,
masih sempat berlari,
bersama manik-manik suci,
yang sudi teman dipipi.

dan,
aku,
yang hidup didalam puisi,
mewarnakan hari itu,
biar penuh dengan ungu,
biar sebati dijiwamu,
biar kau riang disitu,
dibiarkan warna ungu,
bersama kek hari lahirmu,
yang ada disini--->

untuk kau ukir senyuman jiwa.

Monday, May 4, 2009

tiada tajuk

baring,
ditengah taman bunga,
dibentang cahaya mentari,
dihias langit biru,
ditemani kicauan burung nuri.

hati,
masih kosong tidak berseri.

Thursday, April 30, 2009

kanak-kanak mula bercerita

cuba kau dengar,
apa ceritamu dulu,
disaat kau berhingus dulu,
kau asyik bercerita,
wang harta,
pelusuk dunia,
semua bersama ibu bapa,
tersenyum keduanya.

kini,
gembira dan suka,
harta dan dunia,
diri dan sendiri.

bukan derhaka,
tapi pendusta.

namun,
ada yang kesyurga,
tetap ada.

Thursday, April 23, 2009

alunan irama dalam jiwa

ucapan ini dari hati,
bersama alunan suara merdu,
untuk bersama senyumanmu,
yang buat aku selalu rindu.

ditatih kita bersama,
luka,
seribu satu cerita,
dalam dakapan,
hadiahnya satu kucupan.

diajak menari,
lukisannya seindah pelangi,
terbuai-buai kita,
dikota asmara.

aku penyanyi,
di sudut langit biru,
melihat kau,
bagai satu keindahan,
bersama angin,
harum dari kuntuman beri.

aku pergi,
untuk melihat kau bahagia,
mewarnai,
kisah cinta.

bagai beralun,
irama dalam jiwa.