+AdsClickAndWin+

+PencintaSeni+

+NotaKecil+

bangkit,
tulang belakang bukan untuk sempit,

tulang jari-jemari,
menghaluskan apa yang seni.

Tuesday, January 19, 2010

Kerana cinta itu sentiasa ada

Jika dibiar,
cinta yang lalu mati,
biarlah,
aku mati sekali.
dikau,
yang hadir semalam,
bagai sinar keindahan.

dikau,
yang hadir semalam,
bagai penyeri malam.

andai aku jatuh cinta lagi,
biarlah kau yang hadir disisi.

andai aku ada jodoh nanti,
biarlah kau yang ada disisi.

andai,
suatu hari nanti,
biarlah,
kau yang bergelar isteri.

biar aku menjadi suami,
untuk kita,
bahagia,
untuk selamanya.

kerana,
cinta aku pada kamu,
sentiasa ada.

Monday, January 4, 2010

2010

Mercun semalam,
aku simpan keduanya.

pertama,
letupan itu.

kedua,
kilauan api itu.

letupan yang buat aku tersentak,
kilauan yang buat aku terkasima.

Kehidupan,
yang mengajar aku kedua-duanya.

tanpa menyedar dosa semalam,
aku mungkin masih leka,
nasib ada letupan itu.

tanpa ada usaha,
aku mungkin masih leka,
nasib ada kilauan itu.

lihat tanpa tahu apa-apa,
aku tidak layak didunia.