+AdsClickAndWin+

+PencintaSeni+

+NotaKecil+

bangkit,
tulang belakang bukan untuk sempit,

tulang jari-jemari,
menghaluskan apa yang seni.

Friday, November 7, 2008

Alhamdulillah

Aku merasa bosan,
telatah orang yang tidak ketahuan,
aku menangis keriangan,
menggenggam bara,
bayu terasa,
dulu,
kau berbicara,
andai aku ingin berjaya,
lautan api sanggup kau renangi,
kini kau menderita,
tanda kau tiada makna,
aku mencari jawapanmu,
adakah aku layak dihina,
adakah aku harus dipuji,
atau aku kaku seorang diri,
aku rindu kasihmu ayah,
aku perlukan pelukanmu,
adakah kau tahu,
bahtera yang terbina,
hancur ditengah lautan,
perit hati ini,
perit juga jiwaku ini,
aku hidup tanpa bimbingan,
namun lukisannya tetap indah,
warnanya luar biasa,
tiada cacat cela,
tiada sakit yang kusangka,
aku tahu kebahagiaan bukan milikku,
yang ku tahu,
aku hidup didunia,
luas lautan bergelora,
tinggi awan untuk ku capai,
namun ku tetap mencapai bintang,
yang gugur tanda sayang,
aku bersyukur padamu tuhan,
kau ceriakan hidupku,
kau rahmatkan hatiku,
Tuhan,
dengar kau bicaraku,
kau curahkan kasih sayangmu,
agar kekal selamanya,
aku akan menangis,
tanda aku gembira.

Thursday, November 6, 2008

Aku seorang puisi

Andai nanti,
kau mati,
mati tanpa aku rela,
mati tika ku tawa,
dan mati tika aku sepi,
dan nanti aku mati,
matiku dalam keindahan,
matiku dalam keburukanku,
matiku dalam hatimu,
matiku dalam cintamu,
adakah kau akan fahami,
apa erti persahabatan,
apa itu teman,
apa itu rakan,
dan apa itu kehidupan,
aku tidak mendoakan kau mati,
aku tidak mahu mati,
aku tidak mahu dirindui,
dan aku hanya mahu kau mengerti,
jangan kau mati,
kalau kau lupa,
siapa tuhanmu,
siapa rasulmu,
siapa imammu,
mana kiblatmu,
teman,
jangan kau mati,
kalau kau ingin hidup,
teman,
jangan kau hidup,
kalau kau harus mati,
aku bukan jahat,
aku juga bukan malaikat,
aku sepertimu,
dan aku,
hanya sebuah puisi,
yang indah untuk kau fahami.

Pelangi

Lariku,
mengejar sebuah cinta,
cinta yang mungkin kekal selamanya,
aku bertanya,
adakah cinta?
apa itu cinta?
dan butakah cinta?
lalu,
lalu aku pergi berlari,
meninggalkan hati yang sunyi,
mencari sesuatu yang indah,
mencari sesuatu yang suci,
mencari cinta,
yang ku temui hanyalah seekor rama-rama,
terbang riang diudara,
cantik,
indah,
dan cantik itu kerana warna,
warna bukan cinta,
tapi aku telah jatuh cinta,
kerana kau warna,
merahmu tanda berani,
jingga itu tanda riangmu,
kuning kemanisanmu,
hijau nampak baikmu,
biru tanda sepi,
indigo bagai penyeri,
dan ungu menyerlah keayuanmu,
hanya satu yang ku tahu,
putih itu tanda sucimu,
dan ku temui adalah pelangi.