+AdsClickAndWin+

+PencintaSeni+

+NotaKecil+

bangkit,
tulang belakang bukan untuk sempit,

tulang jari-jemari,
menghaluskan apa yang seni.

Wednesday, December 31, 2008

puisiku berkata lagi

semalam,
kau keanakan,
sayang,
sungguh indah duniamu,
kau,
aku,
membina cinta yang bahagia,
oh semalam,
kau begitu indah,
tawamu,
senyummu,
amat cantik dan berseri,
dan aku lalai,
dibuai mimpi indah,
didalam puisi,
aku menari,
indahnya cintaku,
indahnya duniaku,
sungguh indah,
dan,
indah itu luka,
indah itu sangat celaka,
indah itu syaitan,
jahanam memanggilmu,
kau lalai,
kau lupa,
kau gembira,
kerana keindahan,
hari ini,
puisiku berkata lagi,
ia berbisik,
bunyinya,
selamat tingggal dunia,
dan ia terhenti,
lalu mati...

Saturday, December 27, 2008

28 disember 1987

aku pelik,
orang jalan kehadapan,
tapi aku jalan kebelakang,
aku mengundur,
makin lama,
makin muda,
makin lama,
makin kecil,
dan aku hilang,
aku terdiam,
kaku,
aku,
manusia,
ketika aku hilang,
aku melangkah kehadapan,
perlahan,
aku nampak cinta,
bau haruman bunga,
sungguh mesra,
tiba-tiba,
aku terdengar tangisanku,
merdu,
aku bermimpi,
aku melihat dunia,
takbir sedang bergema,
bertatih,
jatuh,
dan berlari,
jatuh,
dan berdikari,
jatuh,
dan menyepi,
jatuh,
dan ia makin sepi,
aku masih disini,
bulan,
bintang,
lagu yang merdu,
makin hari,
makin terang,
makin lama,
makin bercahaya,
kotor,
aku bersihkan,
dunia,
makin derita,
dunia,
makin sengsara,
aku pegang petunjuk,
aku simpan dalam hati,
satu,
dan abadi,
aku tahu aku makin tua,
makin dewasa,
dan makin bersyukur,
aku disini,
di puisiku ini,
melakar lukisan kehidupan,
yang bernyawa,
aku disini,
bersama kau puisi,
menemaniku,
melukis keindahan,
dan,
aku,
tetap aku...

*selamat hari lahir*

Wednesday, December 24, 2008

Senyum

Indah,
si pari-pari,
seindah bidadari,
dan,
kerana itulah kau si puteri,
lembut bak baldu,
cantik,
manarik,
dan rupawan,
wahai pujangga,
wahai pendeta,
wahai keluarga,
kau bilang sedih,
kiranya kau terluka,
kau jatuh,
aku bertatih,
kau lari,
aku menari,
dan pujangga,
kau mewarna,
seindah mana,
secantik lukisanmu,
kau tetap bahagia,
lupakan warna itu,
lupakan masa lalu,
kau tahu,
jasad yang terseksa,
jiwa yang merana,
hanya lukisan satu warna,
hitam,
busuk,
dan amat keji sekali,
yang indah hanyalah kenangan abadi,
jika dibaiki lagi,
ia tetap hancur,
berkecai,
dan itulah ujian,
yang aku tahu,
kau patut tersenyum,
membina mahligai,
dari pelangi,
seindah bidadari,
dan kau,
akan cantik bak puteri.

Monday, December 22, 2008

layang-layang

dan kau,
terbang tinggi di langit,
manari keriangan,
aku suka tawamu,
kau nampak menarik,
dan kau sungguh indah disana,
aku cintakankau wahai layang-layang,
aku juga menantimu penuh sabar,
kau tahu siapa aku,
kau yang membaca puisi ini,
kau yang mendengar puisi ini,
kau percaya aku pencinta yang setia?
kau tahu aku tidak mudah jatuh cinta,
kau tahu aku bukan boneka,
kau simpan,
dan kau lupakannya,
sampai satu hari,
aku akan dibuang,
kerana aku akan hodoh,
kepalaku akan putus,
dan kau akan cari yang lain,
tapi aku,
aku hanya adamu layang-layang,
aku setia dengan tali aku,
biar terputus,
aku akan berlari,
biar hujan,
walau berlubang sekalipun,
aku akan baikimu,
aku cuma ada kamu layang-layang,
kalau kau menangis,
aku juga menangis,
kalau kau gembira,
percayalah,
aku sedang menangis,
kerana kau hilang,
kau lari dariku,
kau benci aku,
biar setiap hari aku menunggumu,
kau pergi mendapatkan bulan,
kau pergi mencari bintang,
mungkin salah aku,
kerana terbangkan kau tinggi-tinggi,
dan aku,
menyanyangimu~