+AdsClickAndWin+

+PencintaSeni+

+NotaKecil+

bangkit,
tulang belakang bukan untuk sempit,

tulang jari-jemari,
menghaluskan apa yang seni.

Sunday, July 26, 2009

jack, your blog is very interesting! (1958-2009)


Bila,
yang maut itu tiba,
tiada lagi senyum tawa,
sekujur tubuh,
kembali menemu pencipta.

kau,
dengan karya yang halus dari seni,
kau,
karya yang indah di hati.

25 julai 2009,
hari,
catat sejarah lagi.

1 julai 1958,
dia,
mulakan satu kehidupan.

yasmin.
you are very interesting.

Friday, July 24, 2009

Selamat tinggal dunia

tamat.

cerita sang pujangga mati

Berlari engkau,
mengejar hati,
untuk dibenci,
dan mati.

merah,
cinta,
dah menjadi mimpi.

seribu tahun,
merasa bahagia,
satu detik,
kehilangan segala.

hati engkau,
layak dipijak dengan api,
hati aku,
dibuang sama sekali.

apa itu engkau,
itu aku.

Friday, July 17, 2009

Jakarta

Perit urat simpul ketat,
ah,
cari duit diperosok kota.

kiri kanan kereta,
kejar duit,
ah,
apa itu putus asa.

lepak minum,
oh,
mungkin Malaysia.

tersepit,
serabut!

cerita,
oh Jakarta.

*Jakarta ke Bandung? tak, saya sayang dunia.

Saturday, July 11, 2009

cinta untuk cikgu soffea

orang cakap,
dari mata,
boleh turun ke hati.

tapi,
bila dah di hati,
dari mata,
membasahi pipi.

ah,
itu tetap sesuatu yang semula jadi,
yang sesuatu ilusi,
tapi aku sangat pasti,
cinta itu,
selalu hadir yang dusta,
sebab nanti ada kisah bahagia.

supaya kita belajar semua rasa.

*untuk soffea dan semua supaya faham apa ada pada cinta

Friday, July 10, 2009

Pari-pari dan cinta

Disaat,
kau duduk memeluk kaki,
sesuatu yang pasti,
kau sedang sunyi.

pasangan,
bermain-main di fikiran.

minda,
apa itu cinta.

Tuesday, July 7, 2009

Terbang belajar

Hei,
kau kau semua,
aku dekat sini,
bukan orang gila,
bukan memekak tak tentu hala,
cuma minta,
apa yang dibaca-baca itu,
tersusun kemas,
didalam otak.

*kembali ke daerah dimana semua orang membawa buku ilmu

Saturday, July 4, 2009

Perlu begini

Tolong jangan diam membisu,
takut-takut,
yang diam,
jadi dendam.

tolong senyum sorang-sorang,
kerana lakaran itu,
tenangkan semua orang.

Friday, July 3, 2009

Selamat pagi sayang

Selamat pagi sayang,
senyuman,
yang bisa buatku terbang.

renungan,
aku dan kau,
kucupan,
selesa dalam dakapan.

terasa,
ingin lena,
matahari,
perlahan mengeluarkan cahaya.

aku,
selesa ada cinta.

kau,
pelengkap segalanya.

Wednesday, July 1, 2009

Hidup riang hilang

Kupu-kupu,
terbang riang,
cantik,
tapi keseorangan.

aku,
terbang hilang,
hati,
berhenti.

dunia,
penuh lipur lara,
maya,
selalu ada cinta.

malam

Gelap gelita,
cuma cahaya,
berkuasa tinggi di langit,
menjerit,
bingit.

langit sekali lagi berkata sesuatu,
cuma aku,
takut kalau-kalau mati,
sebab kilat,
sesuatu yang ngeri.