+AdsClickAndWin+

+PencintaSeni+

+NotaKecil+

bangkit,
tulang belakang bukan untuk sempit,

tulang jari-jemari,
menghaluskan apa yang seni.

Tuesday, August 31, 2010

Malaysiaku - 53 tahun

Dari hati,
bawa mati,
dari jiwa,
ke syurga,
dari satria,
untuk negara.

Dari mana kita,
dimana bangsa kita,
dimana negara kita?

Merdeka itu bangsa,
merdeka itu kuasa,
tapi,
merdeka itu,
masih lagi cerita.

Yang jatuh mati,
bangkit majukan diri,
yang hidup nanti,
mati lupakan diri,
dan,
yang muda nanti,
buang anak sendiri,
akal di kaki.

Jangan kau tuduh bangsa,
jangan kau tuduh agama,
tuduh diri kita.

Bodoh,
tak sayangkan nyawa.

Biar saja anak itu,
menikmati dunia,
dari kau,
menikmati neraka.

Hidup,
pasti akan mati.

Jangan diukur bangsa,
jangan dibilang agama,
cipta nama untuk negara,
biar gerun dunia,
biar gah negara,
sebab,
rumah anak kita.

Malaysia,
abadi di hati,
aku bawa,
sampai mati.

Monday, August 16, 2010

Manusia

Cuba kau buka mata,
dan kau lihat diri sendiri.

Cuba kau pekakkan telinga,
dan kau berpesan pada diri sendiri.

Jantung ini,
masih bernyawa,
jari ini,
masih merasa,
lidah ini,
masih fasih berbicara.

Takut nanti,
tiada nyawa,
takut nanti,
dah tak rasa,
takut nanti,
lidah kelu,
bila terbang diudara.

Aku hamba,
aku hamba,
aku hamba.

manusia itu lupa!
manusia itu alpa!
nafsu itu raja!
buta itu cahaya!
jahil itu kita!
sombong itu kita!
bongkak itu kita!
dengki itu kita!

Dunia ini takut bersuara,
kerana kita khalifah dunia.

Saat hitung akan tiba,
mati itu sementara,
akhirat itu hasil cerita.

Menyesal,
bila tiada masa,
cuma sia-sia.

Islam,
Kehidupan umat manusia.

Hati,
diri kita,
di dunia.



Share

Dari yang tiada

Saat aku pergi,

aku tahu kau merinduiku,

tiada kata yang dapat aku luahkan,

tiada perasaan yang dapat aku sampaikan,

selain menatap wajahmu.

 

Saat aku pergi,

aku nak kau tahu,

hidup ini bukan di dunia,

hidup ini tempat bertemuNya.

 

Aku pergi untuk selamanya,

nanti,

kita akan pergi menemuiNya.

 

Salam sayang dari insan yang tiada,

selamat berjuang insan yang tercinta.

 

zaidharis, ekspresi untuk ZULKHAIRIL AZMI, buat Siti Norbahiyah.