+AdsClickAndWin+

+PencintaSeni+

+NotaKecil+

bangkit,
tulang belakang bukan untuk sempit,

tulang jari-jemari,
menghaluskan apa yang seni.

Monday, August 31, 2009

Demi Negara Satu Malaysia

Dari darah tanah melayu,
aku tanamkan semangat Tuah,
genggam erat hulu keris,
titah sultan aku hormatkan.

Alunan gendang mula bergema.

Yang diwariskan,
dari pejuang tanah melayu,
mati bergadai nyawa,
tidak mengejar nikmat harta,
kental bertarung,
demi mencapai kemenangan merdeka,

31 ogos 1957,
kemenangan akhirnya mutlak,
pengorbanan akhirnya,
dan negara,
akhirnya dijunjung.

sebuah negara berbilang bangsa,
sebulat suara,
laungkan Merdeka!

ogos 2009,
sebuah negara berbilang bangsa,
sebulat suara,
berpesta,
kinja-kinja,
dari mata aku,
pemuda pewaris negara.

mengubah,
yang hitam jadi terang,
demi negara satu Malaysia.

pandang kedepan.

Friday, August 28, 2009

nota

Nafsu,
dan segala serakah kau,
yang selama ini melampau,
perlu dijaga keharmoniannya.

selamat berpuasa.

Saturday, August 22, 2009

rokok satu batang setengah

Bila hidup,
betul-betul hujung tanduk,
lebih mati dari hidup,
amalan,
dunia,
dibawa ke sana.

ah,
nyawa masih panjang,
cuma waktu sudah tiba,
menyala rokok,
sempat satu,
dan setengahnya,
alas perut.

mimpi tadi,
menghantui.

dua sujud,
dua salam,
dua pilihan,
hidup atau mati.

Monday, August 17, 2009

debu

Menangis meronta,
pisau ditangan,
kau meracau,
gila,
hilang akal,
tiada pedoman.

kepala,
yang diatas,
tergantung.

nadi,
yang berdenyut,
terputus.

hidup,
yang dilahirkan,
mati.

cinta,
disanjungkan,
tiada erti.

semua,
engkau-engkau,
dan aku,
mengerti.

cinta,
tiada tandingannya.

sesetengah,
masih kata ada.

menipu untuk berbicara,
lidah,
berbicara dengan goda.

setiap jalan cerita,
yang sentiasa didahulukan,
dengan menangis ronta,
yang ditulis,
setiap satu,
tanpa ada tipu dusta,
tempatnya,
cuma didunia.

dan,
dialam mati,
cerita mula dibaca,
hidup mula bermula,
dunia,
mula menjadi nyata.

tanda tanya,
cinta,
apa sebenar ceritanya.

pilihan nyata,
cuma dua,
tiada yang seterusnya.

*hidup, yang perlu ada mati, yang perlu ada hati, bukan untuk mematikan hati, tidak untuk merosakkan diri.
*pilihan cuma dua, ya atau tidak, bukan alasan.

Friday, August 14, 2009

cerita imaginasi

Pejam mata,
dan kau rasa,
pelukan,
kucupan,
kasih sayang,
cinta.

Wednesday, August 5, 2009

kasih dan mesra.

Lahir yang jernih,
di mata hati,
yang aku sucikan,
untuk seorang bidadari hati.

cinta,
bukan sesuatu segalanya,
tapi,
cinta,
pengubat segala jiwa,
yang memainkan peranan,
untuk kawal segala rasa.

untuk jiwa,
aku usaha rasakan kasih,
aku biarkan ia mesra,
agar aku,
hilang hati buta.

dan,
biarkan marah itu,
pergi jauh,
untuk aku,
rasa selesa.