+AdsClickAndWin+

+PencintaSeni+

+NotaKecil+

bangkit,
tulang belakang bukan untuk sempit,

tulang jari-jemari,
menghaluskan apa yang seni.

Tuesday, March 31, 2009

aku berbicara, ketawa

saat matahari tenggelam,
aku lacurkan diri,
dendam dihati,
busuk,
bodoh aku.

lari,
aku sambil berbicara,
aku senyum,
senyum sambil ketawa,
hilang,
jatuh mati.

jaga,
lena yang leka,
khayal tanpa nyata,
aku lupa,
aku lupakan.

sayang,
aku berbicara,
aku akan buat kau ketawa.

*pahit, aku ambil manisnya

Wednesday, March 25, 2009

hati mati hidupkan kembali

diluar,
terang,
berkelipan,
bersinar,
itulah aku.

dan,
didalamnya,
kelam,
hilang,
dan rindu.

sakit,
berteman benci,
marah,
dan mati,
dihati,
dihatinya sendiri.

menangis,
aku kering,
airmata,
aku lelaki.

pejam,
aku katakan,
mati,
aku hidup kembali.

*sakit*

Saturday, March 21, 2009

biarkan

tolong,
kawan-kawan.

lakukan padaku,
begini.

jahit mataku,
tutup mulutku,
robek hatiku,
pekakkan telingaku.

buat apa perlu.

biar tangan meronta,
biar kaki meronta,
tanpa aku tahu halanya.

dan,
jahat itu gagal menemaniku.

*jangan dengar bisikan syaitan, biarkan*

Thursday, March 19, 2009

celik bukan untuk dipejam

manusia,
kau celikkan lagi,
jangan kau pejam,
untuk kau bermimpi.

kerana,
di dalam mimpi itu,
ada khayalan,
yang hanya rekaan semata-mata,
bukan lakaran keindahan,
bukan lukisan dunia.

dan manusia,
celikkan lagi,
agar kau dapat mengerti,
mimpi hanya mainan,
kehidupan bukan gurauan.

dan,
kehidupan itu,
perlukan akal,
sulaman kasih sayang,
dan sesuatu,
yang kau perlu lihat didalamnya,
bersama cerita,
dimasa depannya.

*melihat itu mudah,memahami itu perlu,melakukan sesuatu wajib*

surat

dan,
semalam aku utuskan,
surat dari hati,
biar ia menjadi saksi,
bahawa,
bernyawa itu,
dihadiahkan kasih,
untuk kau,
mendalami cinta,
dihati,
dibenak sanubari.

kasih dan sayang.

Monday, March 16, 2009

hadiah 15032053

kini,
semuanya mula berkembang,
bila aku mula berlari,
cita-cita,
ditanam di hati,
dan,
aku menjadi penari,
yang melengkapkan,
sebuah puisi.

aku,
dia,
bermula.

Friday, March 13, 2009

bukan bahan mainan.

mama: ko tipu aku!!sialan........ 11 Mar 09, 15:37

diam,
lihat belakang,
semakin hilang.

senyum,
disisi,
dicintai.

lupakan,
terus menari.

Thursday, March 12, 2009

Diam

Antara cinta,
dan kasih sayang,

cuma kau!

*diam dan keliru
*lupa akan setia
*jahat kembali

Tuesday, March 10, 2009

ia tersimpul satu

bila,
wanita itu,
mengukir senyumanmu,
itu adalah teman bahagia,
semoga bahagialah,
kekal selamanya.

aku,
ingin disimpul satu,
tiada dua, tiga,
atau cukup syaratnya,
biarlah ia tersimpul satu.

satu,
kekal selamanya.

Sunday, March 8, 2009

jangan tekan lagi


Hidup,
yang penuh liku,
adalah sengsara.

Aku mengamuk,
melepaskan segala perasaan terpendam,
buas dan menggila,
bagai jantan tiada pedoman.

Fikir akan tuhan,
aku meneruskan kehidupan,
hilang kesakitan,
buang sifat syaitan.

tekanan, kehidupan, senyuman.

Friday, March 6, 2009

untuk semua




dan,
untuk semua didunia,
aku akan mengukir senyuman itu,
biar hilang resah,
biar kabur gelisah,
biar pudar tangisan.

dan,
aku lukiskan,
sebanyak senyuman itu,
untuk kamu,
dihati,
agar kau tak perlu bersedih lagi.

hati bergembira.


menari di hujan menikmati kehidupan

Thursday, March 5, 2009

sehitam paru-paru

disedut,
tanpa jemu,
hitam,
dan kelam.

ditanya mengapa,
nikotin,
ketagih,
dan nafsu membabi buta.

menjerit,
minta dilupakan,
sengsara,
merana.

sampai bila aku harus begini?
katakan tak nak,
aku tetap setia,
selit di jari.

lupakan seketika,
aku ingan lupakan selamanya.

setiap perokok benci rokok

Wednesday, March 4, 2009

kerana aku cinta

dilihat,
merah itu cinta,
ia tetap di hati.

kau,
buat aku mengukir senyuman,
rahsianya,
hanya tuhan yang tahu.

aku bilang,
cinta itu indah,
hakikatnya,
ia misteri.

jika bercinta,
cuma berdua,
namun,
melengkapi segalanya.

dilihat,
merahnya cinta,
sesuatu yang misteri.

namun,
melengkapi segalanya,
walau cuma kita berdua.

kerana,
aku cinta.

Sunday, March 1, 2009

semalam sudah pulang

semalam,
aku melihat kau memeluk kaki,
dan kau keseorangan,
aku akan teman.

kau,
tidak keseorangan,
bersama sebuah persahabatan,
kau,
aku,
dan kita semua,
dan,
kau keriangan.

semalam,
kau berjalan beramai-ramai,
kau keriangan,
kau tinggalkan aku keseorangan,
dan aku akan kesunyian.

semalam,
kau menangis,
aku tetep teman,
agar kau keriangan.

semalam,
kau keriangan,
sedangkan aku menangis,
dan,
aku biarkan kau keriangan,
kerana aku adalah teman.

semalam,
ia sudah pulang,
mengajak aku,
berlari mengejar bintang,
mengajar aku pandang belakang,
untuk aku lihat hadapan.

semalam sudah pulang,
aku lupakan,
aku keriangan.