+AdsClickAndWin+

+PencintaSeni+

+NotaKecil+

bangkit,
tulang belakang bukan untuk sempit,

tulang jari-jemari,
menghaluskan apa yang seni.

Thursday, April 30, 2009

kanak-kanak mula bercerita

cuba kau dengar,
apa ceritamu dulu,
disaat kau berhingus dulu,
kau asyik bercerita,
wang harta,
pelusuk dunia,
semua bersama ibu bapa,
tersenyum keduanya.

kini,
gembira dan suka,
harta dan dunia,
diri dan sendiri.

bukan derhaka,
tapi pendusta.

namun,
ada yang kesyurga,
tetap ada.

Thursday, April 23, 2009

alunan irama dalam jiwa

ucapan ini dari hati,
bersama alunan suara merdu,
untuk bersama senyumanmu,
yang buat aku selalu rindu.

ditatih kita bersama,
luka,
seribu satu cerita,
dalam dakapan,
hadiahnya satu kucupan.

diajak menari,
lukisannya seindah pelangi,
terbuai-buai kita,
dikota asmara.

aku penyanyi,
di sudut langit biru,
melihat kau,
bagai satu keindahan,
bersama angin,
harum dari kuntuman beri.

aku pergi,
untuk melihat kau bahagia,
mewarnai,
kisah cinta.

bagai beralun,
irama dalam jiwa.

Saturday, April 18, 2009

hadiah kotak hati

bila dibaca,
setiap satunya,
bawalah aku terbang,
bersama tulisanNya.

bila didengar,
alunannya,
bukakan hati,
ia satu irama.

bila jelas,
apa isinya,
senyumlah,
bersama semangat perwira,
tersemat,
di hati srikandi,
berjuang,
untuk hadiah dikotak hati.

+zaidharis+

copy dan paste diblog anda sebagai tanda anda hargai seni ini,
cuma pautkan disisi.

Friday, April 17, 2009

dan, kenapa ada persoalan?

dan,
bila seribu tahun,
bulan tidak ditemani bintang,
malam akan terasa,
kesunyiannya.

dan,
bila hujan,
tidak lagi membasahi bumi,
maka gersanglah dunia ini.

dan,
bila hati tidak lagi suci,
maka hilanglah pedoman diri.

dibiar mati,
liatnya hati,
terdetik,
dipersimpangan gelapnya dunia.

Thursday, April 16, 2009

oh tidak!

aku melihat mereka,
cantik,
dan sempurna.

oh tidak,
aku tidak lagi buta,
cuma kadang kala.

aku mengenali mereka,
hakikatnya berhati mulia,
oh tidak,
terlihat juga,
tidak lagi buta.

lalu,
aku gantungkan diri,
katakan,
lihat diriku sendiri.

Tuesday, April 14, 2009

KELABU

yang hitam,
aku bersihkan,
yang putih,
aku kelamkan.

kelabu?

aku duduk diam,
aku duduk diam-diam.

Friday, April 10, 2009

mimpi ngeri dikaki lima

kosong,
dihati kau,
serabut,
biarkan pekung,
bersila,
gila,
buat-buat gila.

aku,
permainan minda,
bercerita,
keluarganya,
kau,
basah disitu.

dikaki lima,
duduk bersila,
simpatikan dia,
hulurkan derma.

ingin saja,
aku mengajar,
apa itu cita-cita,
kerana kau sebangsa.

setitik simpati,
bukan biarkan kau mati.

Monday, April 6, 2009

bercinta dengan bidadari

berdiri,
aku lumpuh,
mati,
aku masih berlari,
jatuh,
aku masih lelaki.

dibumi,
aku rendahkan diri,
kiblat,
aku abadi,
dikasihi,
aku tidak sendiri.

manangis dulu,
aku merangkak kepayahan,
berdiri aku,
kini boleh berlari,
hinanya aku,
terbukalah hati,
disinari.

sedar,
hitam yang kelam,
lalu,
aku jinak,
bercinta dengan bidadari,
aku mula bercinta.

berbicara,
aku sudah lama.