manusia,
kau celikkan lagi,
jangan kau pejam,
untuk kau bermimpi.
kerana,
di dalam mimpi itu,
ada khayalan,
yang hanya rekaan semata-mata,
bukan lakaran keindahan,
bukan lukisan dunia.
dan manusia,
celikkan lagi,
agar kau dapat mengerti,
mimpi hanya mainan,
kehidupan bukan gurauan.
dan,
kehidupan itu,
perlukan akal,
sulaman kasih sayang,
dan sesuatu,
yang kau perlu lihat didalamnya,
bersama cerita,
dimasa depannya.
*melihat itu mudah,memahami itu perlu,melakukan sesuatu wajib*
perlu berfikiran yg besar utk menjalani suatu kehidupan.
ReplyDeletekerna kehidupan buan suatu yg mudah.
tetapi sesekali...
ReplyDeletemanusia perlu memejam sesetika
sebelum celik kembali
Ohh, dalamnyaa
ReplyDeletemenekan keyboard:sebenarnya,kehidupan itu sukar kalau kita menyukarkannya.dan sebagai manusia,kita tidak sempurna.
ReplyDeletenana:saya akui kita selalu lalai.dan kelalaian yang mengajar erti kehidupan.
sara:ia lebih dari seribu makna.
kehidupan & khayalan?
ReplyDeleteahaa kadang kala aku lebih suka utk mengkhayali sesuatu.
entah kenapa..