+AdsClickAndWin+

+PencintaSeni+

+NotaKecil+

bangkit,
tulang belakang bukan untuk sempit,

tulang jari-jemari,
menghaluskan apa yang seni.

Thursday, May 7, 2009

kerana ia hari-hari

masalah,
ya, ia tetap datang hari-hari,
namun, aku percaya masih ada manisnya.

hidup, bukan semudah yang disangka,
dan mati, bukan tamat segalanya.

+Kerana ia hari-hari+

oh,
disaat aku dilahirkan,
aku lelaki kerdil yang biasa,
yang aku belajar untuk menangis,
disaat itu,
aku adalah aku,
untuk bersama yang melahirkanku,
itu saja.

oh,
disaat aku kanak-kanak,
cuma basikal mengajar erti riang,
bersama gelongsor merah yang membuatkan,
hari-hari ini amat bermakna,
namun,
tetap lupakan buaian,
yang hanya buatkan aku mual.

dan,
bila aku kata aku remaja,
aku berlari,
aku tak suka berhenti,
aku tahu,
ia jauh lagi,
tanpa perlu agak-agak lagi,
aku letakkan sesuatu dengan pasti,
lupakan lelah,
biar ia hanyalah helah.

bila,
kadang-kadang,
aku menjerit,
biar lari burung-burung diranting itu,
baru aku tahu,
kerana ia hari-hari,
yang kadang-kadang aku perlu berhenti.

agar,
langit sentiasa biru,
agar,
hukumnya begitu.

7 comments:

  1. ahh. Harapnya penyelesaian juga boleh datang hari-hari :)

    ReplyDelete
  2. masalah perlukan penyelesaian..
    find it :D

    ReplyDelete
  3. Salam petang zaidharis,

    kunjungan lagi,

    setiap hari membawa cerita yang membesarkan pengalaman diri, tentu sekali ...

    ReplyDelete
  4. Azie:oh, sudah pasti saya nak cari penyelesaian itu=)

    zul:dan setiap hari ia membawa satu erti.

    ReplyDelete

Okey, aku rasa kalau korang bagi komen dekat entry aku korang lagi cool