+AdsClickAndWin+

+PencintaSeni+

+NotaKecil+

bangkit,
tulang belakang bukan untuk sempit,

tulang jari-jemari,
menghaluskan apa yang seni.

Thursday, November 6, 2008

Pelangi

Lariku,
mengejar sebuah cinta,
cinta yang mungkin kekal selamanya,
aku bertanya,
adakah cinta?
apa itu cinta?
dan butakah cinta?
lalu,
lalu aku pergi berlari,
meninggalkan hati yang sunyi,
mencari sesuatu yang indah,
mencari sesuatu yang suci,
mencari cinta,
yang ku temui hanyalah seekor rama-rama,
terbang riang diudara,
cantik,
indah,
dan cantik itu kerana warna,
warna bukan cinta,
tapi aku telah jatuh cinta,
kerana kau warna,
merahmu tanda berani,
jingga itu tanda riangmu,
kuning kemanisanmu,
hijau nampak baikmu,
biru tanda sepi,
indigo bagai penyeri,
dan ungu menyerlah keayuanmu,
hanya satu yang ku tahu,
putih itu tanda sucimu,
dan ku temui adalah pelangi.

8 comments:

  1. hah,,,
    yang ni saya suker...
    wahahaha...
    sng nak paham...

    ReplyDelete
  2. hmmmm,,,ko dah jumper ar org y y ko idamkan kot...
    segale2 y ader kat dier ko nmpk suker ajer...
    xde cacat cela plak...

    agaknyer...errr,,btol ker???
    wahahaha,,,

    ReplyDelete
  3. xde kena mengena ngan aku pown,
    nie cuma keindahan warna jer,
    hehe~

    ReplyDelete
  4. puisi yg bagus
    teruskan
    suka definisi warna tu :)

    ReplyDelete
  5. cinta..
    klu cinta kat mak bapak x bleh ke??
    mesti ke cinta ngan gurl/boy??
    sbb dlm hati saya hanya ada cinta pada tuhan,ayah n ibu dan kuarga saya..
    blom ada lg ruang untk seseorg yg bergelar lelaki dlm hati ni(ayah ngan abg aku len cite arh..)
    papepon saya suka puisi ni.
    dan hijau..
    itu mmg warnaku..(tp aku x arh baik mne pon..^^)

    ReplyDelete
  6. mira:
    boleh jer nak cintakan sapa2,
    saya sendiri tak semestinya cintakan teman wanita saya.saya cintakan semua~

    ReplyDelete

Okey, aku rasa kalau korang bagi komen dekat entry aku korang lagi cool