+AdsClickAndWin+

+PencintaSeni+

+NotaKecil+

bangkit,
tulang belakang bukan untuk sempit,

tulang jari-jemari,
menghaluskan apa yang seni.

Monday, August 16, 2010

Manusia

Cuba kau buka mata,
dan kau lihat diri sendiri.

Cuba kau pekakkan telinga,
dan kau berpesan pada diri sendiri.

Jantung ini,
masih bernyawa,
jari ini,
masih merasa,
lidah ini,
masih fasih berbicara.

Takut nanti,
tiada nyawa,
takut nanti,
dah tak rasa,
takut nanti,
lidah kelu,
bila terbang diudara.

Aku hamba,
aku hamba,
aku hamba.

manusia itu lupa!
manusia itu alpa!
nafsu itu raja!
buta itu cahaya!
jahil itu kita!
sombong itu kita!
bongkak itu kita!
dengki itu kita!

Dunia ini takut bersuara,
kerana kita khalifah dunia.

Saat hitung akan tiba,
mati itu sementara,
akhirat itu hasil cerita.

Menyesal,
bila tiada masa,
cuma sia-sia.

Islam,
Kehidupan umat manusia.

Hati,
diri kita,
di dunia.



Share

2 comments:

Okey, aku rasa kalau korang bagi komen dekat entry aku korang lagi cool