+AdsClickAndWin+

+PencintaSeni+

+NotaKecil+

bangkit,
tulang belakang bukan untuk sempit,

tulang jari-jemari,
menghaluskan apa yang seni.

Thursday, May 6, 2010

Lukisan senyummu itu


Aku,
cuma insan biasa,
yang biasa-biasa.

tetap bangun dari mimpi,
masih makan setiap hari,
sentiasa bersyukur kehadrat Ilahi.

kau?,
kau terlalu istimewa.

campuran warna cahaya,
refleks anak mata,
imej terbentuk di minda,
senyummu,
buat aku jatuh cinta.

oh,
indahnya dunia,
agungNya Maha Esa.

Bukan berlari mengejar mimpi,
Tapi berlumba,
mencari kebahagiaan yang dikongsi.

Terima kasih,
kerana senyummu itu.

Selamlah jiwa,
carilah cinta.

2 comments:

Okey, aku rasa kalau korang bagi komen dekat entry aku korang lagi cool