+AdsClickAndWin+

+PencintaSeni+

+NotaKecil+

bangkit,
tulang belakang bukan untuk sempit,

tulang jari-jemari,
menghaluskan apa yang seni.

Sunday, March 1, 2009

semalam sudah pulang

semalam,
aku melihat kau memeluk kaki,
dan kau keseorangan,
aku akan teman.

kau,
tidak keseorangan,
bersama sebuah persahabatan,
kau,
aku,
dan kita semua,
dan,
kau keriangan.

semalam,
kau berjalan beramai-ramai,
kau keriangan,
kau tinggalkan aku keseorangan,
dan aku akan kesunyian.

semalam,
kau menangis,
aku tetep teman,
agar kau keriangan.

semalam,
kau keriangan,
sedangkan aku menangis,
dan,
aku biarkan kau keriangan,
kerana aku adalah teman.

semalam,
ia sudah pulang,
mengajak aku,
berlari mengejar bintang,
mengajar aku pandang belakang,
untuk aku lihat hadapan.

semalam sudah pulang,
aku lupakan,
aku keriangan.

1 comment:

  1. Sometimes kawan lupa kita kan.Penat hari hari asyik ambil berat pasal orang.Diri sendiri pula yg lupa.haih

    ReplyDelete

Okey, aku rasa kalau korang bagi komen dekat entry aku korang lagi cool