+AdsClickAndWin+

+PencintaSeni+

+NotaKecil+

bangkit,
tulang belakang bukan untuk sempit,

tulang jari-jemari,
menghaluskan apa yang seni.

Sunday, July 31, 2011

Lagi Suka Tipu

Bila mula bicara,
buat aku ketawa,
hilang semua duka.

bila dia ada,
lagi rasa suka,
tanpa rasa duka,
buat aku jatuh cinta.

bila semua ditanya,
itu semua dusta,
bila lidah bicara,
hati kata tiada.

Share

Saturday, July 30, 2011

Biar Saja Puisi Bicara

Mulut aku dikoyak-rabak,
biar saja puisi yang berbicara.

bila malam nanti,
bukan aku yang dimimpi,
entah hadir bila lagi,
hanya janji tinggal janji.

bila kisah itu nanti,
jadi cerita sebelum pagi,
bila malam tiba lagi,
tidur tanpa basuh kaki.

ah,
mulut aku dikoyak-rabak,
biar saja puisi bicara.

Saturday, April 2, 2011

kalau

Cinta,
kalau ada,
aku lari.

kasih,
kalau hadir,
aku mati.

rindu,
kalau jadi,
aku benci.

engkau,
kalau sudi,
aku disisi,
setiap hari,
sampai mati.

Share

Sunday, January 9, 2011

Tanda Tanya

Yang lukis di mata,
apa tertulis di hati,
yang terkeluar di bicara,
apa benar cinta sampai mati?

Share

Tuesday, January 4, 2011

Tangisan darah lagi

Melahirkan,
perasaan cinta hati,
yang dibawa kekal ke mati.

Melahirkan,
kasih dihati,
yang hilang,
tiada pengganti.

Si diri,
hina dan keji,
lupa duniawi,
mati jiwa sendiri.

Cinta suci,
yang rosak dimata,
kelam dihati,
racun diri,
bodoh sendiri,
lupa hakiki,
akhirnya,
menangis darah lagi.

Cinta suci misteri,
bukan lahir dari bibir lelaki,
tapi sembunyi,
dari pandangan kekasih duniawi.

Share

Tuesday, November 2, 2010

tua

Si nenek,
bongkok tiga,
siang malam,
berpusing di paksinya.

Langit biru mula bercerita,
laut tenang sudah bergelora,
angin taufan sudi menjelma,
bumi ini semakin tua.

Ajal maut mula bersuara,
nyawa badan masih alpa.

Share

Tuesday, August 31, 2010

Malaysiaku - 53 tahun

Dari hati,
bawa mati,
dari jiwa,
ke syurga,
dari satria,
untuk negara.

Dari mana kita,
dimana bangsa kita,
dimana negara kita?

Merdeka itu bangsa,
merdeka itu kuasa,
tapi,
merdeka itu,
masih lagi cerita.

Yang jatuh mati,
bangkit majukan diri,
yang hidup nanti,
mati lupakan diri,
dan,
yang muda nanti,
buang anak sendiri,
akal di kaki.

Jangan kau tuduh bangsa,
jangan kau tuduh agama,
tuduh diri kita.

Bodoh,
tak sayangkan nyawa.

Biar saja anak itu,
menikmati dunia,
dari kau,
menikmati neraka.

Hidup,
pasti akan mati.

Jangan diukur bangsa,
jangan dibilang agama,
cipta nama untuk negara,
biar gerun dunia,
biar gah negara,
sebab,
rumah anak kita.

Malaysia,
abadi di hati,
aku bawa,
sampai mati.

Monday, August 16, 2010

Manusia

Cuba kau buka mata,
dan kau lihat diri sendiri.

Cuba kau pekakkan telinga,
dan kau berpesan pada diri sendiri.

Jantung ini,
masih bernyawa,
jari ini,
masih merasa,
lidah ini,
masih fasih berbicara.

Takut nanti,
tiada nyawa,
takut nanti,
dah tak rasa,
takut nanti,
lidah kelu,
bila terbang diudara.

Aku hamba,
aku hamba,
aku hamba.

manusia itu lupa!
manusia itu alpa!
nafsu itu raja!
buta itu cahaya!
jahil itu kita!
sombong itu kita!
bongkak itu kita!
dengki itu kita!

Dunia ini takut bersuara,
kerana kita khalifah dunia.

Saat hitung akan tiba,
mati itu sementara,
akhirat itu hasil cerita.

Menyesal,
bila tiada masa,
cuma sia-sia.

Islam,
Kehidupan umat manusia.

Hati,
diri kita,
di dunia.



Share

Dari yang tiada

Saat aku pergi,

aku tahu kau merinduiku,

tiada kata yang dapat aku luahkan,

tiada perasaan yang dapat aku sampaikan,

selain menatap wajahmu.

 

Saat aku pergi,

aku nak kau tahu,

hidup ini bukan di dunia,

hidup ini tempat bertemuNya.

 

Aku pergi untuk selamanya,

nanti,

kita akan pergi menemuiNya.

 

Salam sayang dari insan yang tiada,

selamat berjuang insan yang tercinta.

 

zaidharis, ekspresi untuk ZULKHAIRIL AZMI, buat Siti Norbahiyah.

Tuesday, July 27, 2010

Bayangan Putera Hati.

Aku,
sentiasa,
memeluk kesedihan,
di dalam bayangan sendiri.

aku,
menangis,
dan jantungku berhenti.

kau,
bidadari hati,
akan ku biarkan kau menari,
bersama putera hati.

aku,
bayangan diri,
kau,
bidadari hati.

dan putera,
diri aku sendiri.


Share