+AdsClickAndWin+

+PencintaSeni+

+NotaKecil+

bangkit,
tulang belakang bukan untuk sempit,

tulang jari-jemari,
menghaluskan apa yang seni.

Tuesday, June 30, 2009

pegang tangan dah kosong

Hai sayang,
awak nampak cantik,
saya kata,
saya orang dalam hati awak,
dalam dalam.

dalam hati awak,
saya main,
saya suka main main,
sampai hilang.

cuba,
semua ada,
kekasih satu,
skandal satu,
hilang,
sekali dua.

pegang tangan dah hilang.

ah,
satu saja,
bodoh,
bodoh saya.

tak,
saya belajar hilang.

*Untuk hisyam, dia dari penang, dia kata buat puisi dekat dia. Dia dah single dan nak cari yang lain tapi saya cuma senyum, saya kawan baik dia sampai tua.
*Oh, dia belajar di liverpool.

Monday, June 29, 2009

Itu ini

Haus,
karing,
tekak aku terlalu kering.

basah,
lebih baik biarkan kering.

biar aku cakap,
itu ini,
asalkan aku tak mati,
tanpa kau tahu itu ini.

mulut,
bersuara,
sampai aku sendiri terasa,
keringnya dunia.

Friday, June 26, 2009

romeo

ah,
aku lagi,
apa?
ingat aku romeo?

dan,
oh,
si juliet,
dia main futsal ke petang-petang?

aku tak reti jadi romeo,
tapi,
kenapa aku selalu jumpa juliet?

Monday, June 22, 2009

p/s:i love you

si jelik,
yang suka senyum nakal,
gurau senda dari utara ke selatan,
dan berambut kusut masai,
dia si pereka puisi.

gadisnya,
si jelita antarabangsa.

dihatinya,
sentiasa ingin bercinta.

si jelik,
si jelita antarabangsa,
sentiasa ingin bercinta.

Sunday, June 21, 2009

lelaki nakal

aku teringin sangat,
katakan begini,
"aku ni budak nakal, tak perlu perempuan, jadi, mahu ikut aku bermain"

kalau dilakukan,
aku sering begini,
kayuh basikal merah,
laju-laju,
ambil selekoh sambil baring,
biar betul-betul baring,
bangun sambil gigi berdarah,
dan senyum dengan puas.

aku budak nakal,
tak pernah kesah dengan cinta,
kalau jatuh cinta?
jatuh sambil senyum dengan puas.

luahan dari dalam

1, 2, 3

seluk tangan,
masuk ke mulut,
robek di kiri,
tarik,
dan matikan jantung,
bukan hati.

Wednesday, June 17, 2009

Darah

Indahnya bulan,
penyerinya bintang,
dikala malam yang indah,
mereka bermesra atas dasar cinta,
keindahan,
kasih sayang,
dan percintaan,
malam sebagai permulaan.

aku dicipta antara dua,
dari sesuatu yang hina,
kepada benih yang lagi berharga dari permata,
kini aku mengerti,
siapa aku,
aku adalah antara keduanya,
yang tercipta atas kasih sayang,
mengalir kasih sayang itu,
ketubuhku.

dan,
didalamku kini kosong,
hilang bagai dilarikan kisah lalu,
buntu mancari dimana kasih,
kemana hilangnya sayang,
di hati yang merah,
penuh dengan darah.

Friday, June 12, 2009

Kertas atau plastik



bagaimana ingin bercinta?

kertas atau plastik?

Thursday, June 11, 2009

kamar kecil dan sempit

Saat lenanya tidur itu, sambil mendakap bantal, yang penuh dengan liur, bersama bekas-bekas zina, tentang satu kisah cinta yang lama, yang lapuk, berabuk.

Didatangi anak kecil yang membawa kau untuk berdiri, ditengah-tengah tanah kontang, mulut yang dahulunya gah bercerita, yang gah menjilat apa yang bukan hak kau, kelu bagai diikat cawat berduri, biar mulut kau bernanah, biar, biar bernanah setiap pelusuk kulit.

Ditemani wali, yang makan sebelum kenyang, yang mencari harta untuk menderma, mencari harta yang berjuta, namun pakaiannya tidak sesekali diumpat keji. Dibawa dia ke tanah gembur, yang membirukan langit, dan menghijaukan bumi.

Tidak seperti yang dilihat hari-hari, yang dipakai orang kaya tidak kenal erti rezeki.

Digenggam tanah kering kontang, keras, namun terlalu rapuh untuk digenggamkan. Bila digenggam yang gembur itu, walaupun ia diterangi perit mentari, tanahnya suci disiram lima kali sehari.

Terjaga, bukan untuk kau meronta ketakutan, bukan untuk kau memaki tuhan, apatah lagi untuk kau berasa diri kau keji, cuma untuk kau kenal kebesaran agung, agar kau sentiasa membirukan langit dan menghijaukan bumi, tidak lagi ada hati yang rapuh diterik mentari, yang peritnya kau disiksa, tapi tidak mati.

Wednesday, June 10, 2009

dosa dan ketawa

apa yang aku dengar,
gelak tawa,
di taman hasutan,
puas menambah dosa.

jangan ikatkan aku di neraka!

Tuesday, June 9, 2009

kelu lidah kaku

si lelaki,
yang nakal,
bermain sepenuh perhatian,
itu aku.

nakal,
tapi penuh kasih dihati,
dalam tapi,
ada sesuatu harapan sepi.

aku,
yang hilang dan mencari,
kasih ayah,
yang sembunyi,
tidak jumpa,
walau aku masih mencari,
walau dia masih lagi berdiri.

bukan kasih sayang dari dia yang aku risaukan,
tetapi untuk kelak,
ketika aku adalah bapa,
buatkan aku,
kelu,
dan lidahku kaku.

Friday, June 5, 2009

terbang dan menari

kau selalu ajak,
aku yang kerdil ini,
agar sentiasa,
terbang dan menari.

menangis?
sekarang sepi.